Pengikut

banner


21 October 2009

Bakat Luar Biasa Melangkaui Usia

ARKIB : 05/10/2009

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


BILIK tidur Yong Khin yang penuh dengan lukisan dan disusun mengikut kreativiti serta cita rasa anak kecil ini.

"MAMA, puteri raja yang cantik mesti memiliki sepasang kaki yang panjang dan pinggang yang ramping, bukannya kaki yang gemuk macam ini," usik si kecil, Seow Yong Khin, 11, penuh manja kepada ibunya yang tekun memerhatikan anak kesayangannya melakar lukisan sambil meniarap di atas katil di bilik tidurnya.

Lukisannya yang kemas dan menarik, ditambah pula dengan pemilihan warna ceria serta bersesuaian, memang mampu membuat setiap mata teruja melihatnya.

Apa yang lebih membanggakan, Yong Khin tidak perlu meniru mana-mana karakter kartun yang pernah ditonton di televisyen atau dilihat di majalah sebaliknya semua dihasilkan mengikut daya imaginasi kreatifnya sendiri.

"Dia memang boleh membayangkan semua yang pernah dilihatnya dalam fikiran dan menzahirkannya secara 'hidup' di atas kertas.

"Bukan itu sahaja, Yong Khin juga tidak perlu pemadam atau melakar dengan pensil sebelum melukis kerana apa yang dihasilkan tepat dan sempurna seperti yang dia bayangkan," ujar ibunya, Sharon Seow, 47, bercerita penuh bangga tentang bakat yang dimiliki anak tunggalnya.

Selain lukisan karakter perempuan cantik, Yong Khin juga melukis gambar pemandangan, binatang serta apa saja objek yang menarik perhatian.

Malah Yong Khin juga pandai membuat karakter komik siap dengan dialognya sekali.

Peralatan yang digunakan si cilik ini hanya pensel warna, pen berdakwat basah, kertas lukisan dan pensel. Ada kalanya dia melukis menggunakan krayon dan warna air, semuanya mengikut kesesuaian lukisan yang mahu dihasilkan.

"Pensel warna Luna ini antara peralatan melukis yang paling saya sayangi. Semua peralatan ini ibu dan bapa saya yang belikan. Saya akan pastikan ia disimpan elok setiap kali selepas melukis, lagi pun saya memang tidak suka bilik yang berselerak," sampuk Yong Khin sambil menunjukkan set pensel warna yang dimaksudkan.

Penulis yang dijemput masuk ke bilik 'bujang' Yong Khin mengakui walaupun baru berusia 11 tahun kanak-kanak ini memang mempunyai cita rasa sendiri termasuk dalam menghias bilik.

Nyata dia juga seorang yang cukup berdisiplin. Semua barangan lukisannya tersusun kemas di satu sudut dalam bilik.

Selain bilik tersebut, penulis sempat meninjau segenap ruang di kediaman yang terletak di Subang Jaya, di mana setiap hasil lukisan Yong Khin berada di laman rumah, dinding ruang tamu, atas piano, dapur serta di dalam bilik.

Semuanya diletak dalam bingkai khas dan ada juga yang dilukis di atas potongan kayu mengikut cita rasa anak kecil ini.

Bakat seni yang ada dalam diri Yong Khin turut mendapat pengiktirafan apabila dia sering memenangi pertandingan lukisan yang dianjurkan pihak-pihak tertentu.

Semua hadiah dan piala kemenangan disimpan rapi oleh si ibu sebagai penggalak untuk si anak terus maju dengan minatnya dalam bidang seni lukis.

Melukis sejak bayi

"Yong Khin mula melukis ketika berusia dua tahun selepas saya memberinya pen dan kertas. Waktu itu dia beritahu saya dia melukis kapal terbang, sekali pandang menerusi bentuknya memang kita tahu ia kapal terbang.

"Kemudian dia melukis gambar saya dan bapanya, memanglah lukisan kanak-kanak berusia dua tahun tidak cantik, tapi saya boleh melihat bentuk wajah dengan mata, hidung dan mulut pada lukisan tersebut. Sejak dari itu saya sedar anak saya memang berbakat dalam bidang lukisan," ujar Sharon lagi.

Penulis sendiri dapat melihat bagaimana anak kecil ini menghasilkan lukisan dengan spontan terus menggunakan pensil warna dan lukisan yang menjadi kegemarannya ialah puteri dan istana magis.

Lukisan yang menjadi kegemaran anak kecil ini adalah watak perempuan. Yong Khin akan mempelbagaikan watak perempuan yang dilukisnya dengan menambah elemen seperti bunga, pedang, istana dan sebagainya.

"Saya suka melukis perempuan sebab ia cantik," jelas Yong Khin dengan senyuman nakal.

Jika diteliti watak kartun perempuan yang dilukisnya memang sempurna sifatnya dengan bermata bulat, pinggang ramping, bermulut kecil, kulit lembut dan cerah serta berpakaian seksi. Jika pada senario biasa hanya remaja dan orang dewasa yang boleh menghasilkan lukisan pada tahap begitu.

Seiring peningkatan usia, hasil seni Yong Khin semakin matang dan watak-watak kartun Disney seperti Cinderella, Snow Shite dan Sleeping Beauty boleh dilukis dengan spontan sahaja.

Menurut ibunya, Yong Khin boleh melukis hingga berjam-jam lamanya, adakalanya dia akan tertidur di atas lukisannya.

"Tapi jika dia tak ada mood melukis untuk hari itu, bermain permainan komputer menjadi pilihannya," jelas Sharon sambil mengerling kepada anak kesayangannya.

Berhenti kelas lukisan

Sebagai ibu yang prihatin, Sharon tidak mahu mengabaikan bakat yang ada pada Yong Khin, dia lantas mendaftarkan anaknya pada satu kelas seni yang ada di sekitar kediaman mereka tetapi malangnya Yong Khin tidak seronok belajar di dalam kelas tersebut kerana gurunya mengajar asas lukisan sahaja.

Sedangkan di ketika itu Yong Khin sudah mula mahir melukis gambar yang lebih standard jauh dari usianya.

"Memang saya tidak nafikan sesiapa sahaja yang berkunjung ke rumah kami dan melihat lukisan Yong Khin yang saya pamerkan akan tidak menyangka ia adalah lukisan dari seorang anak kecil.

"Sehingga kini terdapat lebih 1,000 koleksi lukisan Yong Khin yang saya kumpulkan dalam satu fail khas. Lukisan tersebut dikumpul seawal Yong Khin berusia tiga tahun," katanya sambil menunjukkan kepada penulis lukisan pertama Yong Khin yang tersimpan rapi di dalam sebuah album lama.

Yong Khin yang kini bersekolah di sekolah swasta turut berkongsi karyanya dengan guru dan rakan di sekolahnya.

Dia menghasilkan buku mewarna, buku nota, buku aktiviti semuanya dibuat dengan tangannya sendiri dan sebahagiannya dijual kepada kawan-kawan yang berminat.

"Sebagai ibu saya tidak mahu bakat yang ada pada anak saya terbiar begitu sahaja. Saya berharap akan ada pihak yang dapat membuka peluang kepada anak saya untuk mengetengahkan bakat melukis yang ada padanya.

"Saya yakin jika betul pada landasannya, anak saya akan berjaya sebagai seorang pelukis kerana hasil seninya memang luar biasa," ujar Sharon penuh yakin.

Dipetik daripada:

Utusan Malaysia

Pos Malaysia Keluarkan Setem Bertemakan Kanak-Kanak

ARKIB : 06/10/2009

KUALA LUMPUR 6 Okt. — Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan setem dan sampul surat hari pertama yang bertemakan kanak-kanak dalam usaha menyedarkan masyarakat negara ini terhadap hak yang perlu ada pada kanak-kanak seperti yang digariskan oleh Tabung Pendidikan Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).

Ketua Setem dan Filateli Pos Malaysia, Yasmin Ramli berkata, pihaknya telah mencetak lima visual setem yang berkaitan dengan hak kanak-kanak, iaitu empat visual bagi setem berharga 30 sen dan satu visual bagi setem berharga RM1, yang akan mula dijual Jumaat ini.

“Ia merangkumi ’Hak untuk bermain’, “Hak Mendapat Makanan’, Hak Mendapat Pendidikan’, ’Hak Mendapat Perlindungan’, bagi setem 30 sen, dan visual ’Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak’ bagi setem RM1.

“Kita telah mencetak sebanyak 800,000 setem berharga 30 sen, 120,000 setem berharga RM1, 45,000 untuk sampul surat hari pertama dan 1,000 cetakan bagi folder,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Beliau berkata, setem serta sampul surat hari pertama itu bertemakan Masyarakat Penyayang Memberi Kanak-Kanak Hak Mereka.-Bernama

Dipetik daripada:

Utusan Malaysia

Membentuk Peribadi Anak

ARKIB : 08/10/2009

Oleh ZUHAYATI YAZID


Prof. Madya Dr. Saedah A. Ghani

ZURIAT merupakan permata hati kepada pasangan setiap suami isteri malah kelahirannya pasti menjadi debaran serta ditunggu oleh pasangan.

Kehidupan dan kebahagiaan sebuah rumah tangga akan menjadi lebih berseri dengan kehadiran cahaya mata

Malah, kelahiran anak disambut dengan penuh gembira, kebanggaan dan rasa syukur yang tidak terhingga. Ibu bapa pula sanggup berkorban segala-galanya atas nama kasih sayang dan rasa cinta demi melihat zuriatnya terus berjaya dan menjadi insan mulia.

Apabila lahir zuriat ke dunia maka setiap ibu bapa perlu memberi perhatian serius dan pengawasan yang secukupnya.

Ini kerana setiap zuriat yang dilahirkan ibarat kain putih yang siap menerima untuk diwarnai. Jika dibiasakan dengan nilai-nilai yang baik, maka ia akan berkembang dengan kebaikan sehingga orang tua juga akan mendapat pahala.

Menurut pensyarah Kanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah A. Ghani, anak-anak adalah lakaran ibubapa. Sekiranya lakaran tersebut ke arah kemuliaan pastinya ia membawa kebaikan kepada anak tersebut.

Tetapi sekiranya anak-anak dibiasakan dengan hal-hal buruk, maka ia akan membesar dengan keburukan.

"Oleh itu, tidak harus bagi setiap ibu bapa melalaikan tanggungjawab yang besar ini dengan mengabaikan aspek pendidikan yang baik dan menanamkan adab yang baik ketika membesarkan anak-anak,'' katanya.

Dia yang mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam pengurusan kaunseling keluarga memberitahu, biasalah mendidik anak agar makan dengan menggunakan tangan kanan, membaca bismillah disudahi dengan alhamdulilah.

Malah ceritanya lagi, ajar anak agar tidak makan dengan tergesa-gesa ataupun gelojoh. Makan dengan tertib, mengunyah makanan dengan perlahan dan jangan biasakan memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum habis di mulut.

"Adab-adab ini penting memandangkan mereka masih kecil dan ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk anak dengan nilai-nilai Islam yang terpuji,'' jelasnya lagi.

Selain itu, latihlah anak-anak dengan sikap hormat dan jangan biasakan anak bersikap kasar, berbahasa kesat dan berperilaku sombong.

"Keadaan ini penting bagi membiasakan peribadi anak supaya tidak berterusan dengan budaya yang kasar dan tidak bertamadun.

Jelasnya lagi, apabila anak semakin besar, latihlah anak-anak supaya bersikap berani dan sabar dalam menghadapi kesusahan.

"Biasakan memuji tindakan mereka apabila berbuat demikian kerana tindakan tersebut boleh mendorong mereka bersikap terpuji,'' katanya.

Apabila anak mencapai usia tujuh tahun, perintahkan mereka supaya bersolat secara tetap. Disiplinkan mereka mengenai tanggungjawab solat.

"Bagaimanapun elakkan melakukannya secara paksaan kerana ini akan menyebabkan mereka memberontak serta memendamkan perasaan,'' ujarnya.

Jelasnya lagi, biasakan anak-anak juga bersikap taat kepada orang tua, guru dan kepada yang lebih berusia darinya. Ajarkan anak-anak memandang dengan rasa hormat agar mereka tidak tergolong daripada anak-anak yang bersikap derhaka dan biadap.

Tip membentuk anak berkelakuan baik

*Jika boleh, jangan menghukum, sebaliknya mengajar. Matlamat mendisiplinkan anak ialah untuk mengajar anak itu berkelakuan baik. Memukul kanak-kanak bukanlah cara mengajar. Sebaliknya ia mengajar kanak-kanak bahawa memukul ialah cara menyelesaikan masalah.

*Anggaplah kenakalan anak-anak sebagai kesilapan. Ia akan memudahkan anda mencari jalan untuk mengajar tentang kelakuan baik. Jika boleh, kaitkan akibat dengan kenakalan.

*Jangan bertengkar atau membebel mengenai peraturan. Jika sesuatu peraturan dilanggar, ingatkan anak anda mengenai peraturan itu dan akibatnya jika tidak dipatuhi. Apabila anda memberikan arahan, bercakap dengan tegas dan ulangi arahan itu.

*Halang anak-anak kecil semasa mereka sedang membuat sesuatu yang anda tidak sukai atau jauhkan mereka dari situasi tersebut. Anak-anak kecil tidak faham apa yang salah dan apa yang betul, dan mereka tidak sepatutnya dipukul atau digoncang.

*Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan kanak-kanak mengenai kelakuan mereka. Pastikan anda gunakan perkataan seperti "Maafkan saya" dan "Bolehkah saya?" bila sesuai. Jadilah contoh yang baik untuk anak anda di dalam percakapan dan perbuatan anda.

*Puji anak bila mereka berkelakuan baik kerana ini akan menggalakkan mereka terus berkelakuan baik. Pelukan, senyuman dan perkataan-perkataan lembut boleh digunakan untuk menunjukkan penghargaan.

Dipetik daripada:

Utusan Malaysia

Program Seni, Muzik Dalam Permata

ARKIB : 11/10/2009

ROSMAH Mansor bersama Shuji Ito (lima dari kiri ) bergambar bersama-sama peserta pertandingan peringkat akhir Festival Electone Asia Pasifik 2009 yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 10 Okt. - Pusat Anak Permata Negara (Permata) akan memperkenalkan program yang berbentuk seni dan muzik dalam sebahagian programnya.

Sehubungan itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pihaknya sedang mengadakan kerjasama dengan Istana Budaya bagi merancang projek yang akan diberi nama Permata Seni itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata berkata, program Permata Seni akan disertai seramai 30 hingga 40 orang kanak-kanak berusia dari sembilan hingga 15 tahun yang mempunyai bakat dan minat dalam muzik.

"Kanak-kanak ini akan diberi peluang menjalani latihan istimewa dengan pemuzik profesional dari luar selama dua minggu pada Disember ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Electone Asia Pasifik 2009 di sini hari ini.

Hadir sama Duta Besar Jepun ke Malaysia Masahiko Horie dan isterinya Yoke Horie serta Presiden Yayasan Yamaha Music, Shuji Ito.

Festival Electone Asia Pasifik 2009 ini merupakan program tahunan Yamaha Music dan pada tahun ini, Malaysia merupakan tuan rumah.

Rosmah menambah, kanak-kanak di bawah Permata akan diberi peluang untuk menggunakan beberapa peralatan muzik seperti piano.

"Muzik merupakan sebahagian dalam hidup kita dan saya percaya melalui muzik ia akan menyatukan kita.

"Menjadi harapan saya supaya program Permata Seni ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperkembangkan potensi dan bakat mereka," jelasnya.

Dipetik daripada:

Utusan Malaysia

Beri Tumpuan Kepada Pendidikan Awal Anak-Anak - Hasni

ARKIB : 12/10/2009

PONTIAN 11 Okt. - Ibu bapa digesa mengguna peluang pendidikan yang disediakan oleh kerajaan untuk memberi ilmu kepada anak-anak mereka seawal usia lima dan enam tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, institusi pendidikan pra sekolah yang dikendalikan oleh jabatan dan agensi kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman.

"Peluang pendidikan pra sekolah akan membantu kanak-kanak mendapat ilmu asas membaca, menulis dan mengira sebelum mereka memasuki alam persekolahan sebenar.

"Selain itu ia juga memberi mereka peluang untuk bergaul dan berinteraksi sesama rakan sebaya serta menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di kelas," katanya pada majlis penyampaian hadiah dan sambutan Hari Raya Aidilfitri Tabika Kemas Kampung Parit Semerah dan Pontian Besar Kiri di Hotel Pontian di sini semalam.

Turut hadir Penyelia Perhubungan Kemas Parlimen Pontian, Rahmat Abdullah; Penyelia Pendidikan Pra Sekolah Kemas Parlimen Pontian, Foziah Sairi dan Pengerusi Tabika Kemas Kampung Pontian Besar Kiri, Abdullah Sahadan.

Hasni yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian berkata, pendidikan pra sekolah kini diberikan perhatian oleh kerajaan bagi memastikan kanak-kanak seawal usia lima dan enam tahun mengikuti pendidikan tersebut.

"Ini sebenarnya menjadi harapan dasar pendidikan negara yang sentiasa bergerak sejajar dengan keperluan guna tenaga pada masa depan serta daya saing di peringkat global," ujarnya.

Justeru, beliau meminta ibu bapa turut memberi tumpuan pada aspek tersebut, ibarat kata pepatah 'melentur buluh, biar daripada rebung'.

Beliau berkata, penguasaan ilmu pada masa ini tidak terbatas kepada golongan tertentu sahaja tetapi semua pihak perlu diberikan kesempatan termasuk mereka yang kurang berkemampuan.

Dipetik daripada:

Utusan Malaysia

Makanan Segera Punca Kanak-Kanak Darah Tinggi

ARKIB : 20/10/2009

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Penyakit darah tinggi yang sebelum ini kerap dikaitkan sebagai 'penyakit orang tua' kini turut dihidapi oleh kanak-kanak yang mengalami obesiti akibat pengambilan makanan segera yang tidak dikawal.

Kandungan garam dan lemak yang berlebihan dalam makanan tersebut boleh memudaratkan kesihatan tambahan pula jika mereka kurang melakukan aktiviti fizikal.

Pakar Pemakanan Hospital Pantai Ampang, Norlizawati Che Lah mendedahkan, terdapat kes seorang kanak-kanak lelaki terpaksa dimasukkan di Pusat Rawatan Rapi (ICCU) selama dua minggu akibat diserang darah tinggi.

Katanya, kanak-kanak yang dirawat di ICCU hospital berkenaan itu mempunyai berat badan berlebihan sebanyak 30 kilogram daripada berat sepatutnya dimiliki oleh kanak-kanak yang berusia 12 tahun.

''Kanak-kanak tersebut menghidap darah tinggi kesan daripada pemakanan tidak seimbang dalam menu hariannya.

''Hampir setiap hari kanak-kanak itu menjadikan kentang goreng, piza dan ayam goreng sebagai makanan hariannya dan amalan pemakanan tidak sihat itu berlarutan dua tahun hingga menyebabkan dia diserang penyakit darah tinggi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan rasa tidak gembira dengan keadaan rakyat Malaysia yang berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan terutama obesiti dan sakit jantung.

Kenyataan spontan bekas Perdana Menteri itu menggambarkan rasa kecewa beliau dengan sikap rakyat Malaysia yang malas untuk menjaga kesihatan mereka.

Norlizawati menambah, lebih memburukkan keadaan, kanak-kanak obesiti ini tidak suka melakukan aktiviti fizikal dan lebih gemar bermain play station atau menonton televisyen.

Beliau memberitahu, berdasarkan kes yang dirujuk kepadanya, 30 peratus kes obesiti berkenaan melibatkan golongan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

''Sementara itu, selebihnya adalah golongan wanita yang datang sendiri berjumpa saya untuk mendapatkan panduan menurunkan berat badan,'' katanya.

Beliau memberitahu, bagi golongan lelaki pula mereka jarang mahu berjumpa pakar pemakanan.

''Kalau ada pun, kes adalah yang dirujuk oleh doktor,'' jelasnya.

Dipetik daripada:

Utusan Malaysia

Mencungkil Kanak-Kanak Pintar

Oleh ZULKIFLI JALIL dan THOMAS CHONG

pengarang@utusan.com.my

21/10/2009

SEKOLAH pintar Leonard De Vinci - 25 kilometer ke utara Paris - yang dikunjungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor pada 6 Oktober lalu ada sejarah tersendiri.

Ia bermula pada September 1992 dengan seorang kanak-kanak bernama Bruno Lalande yang perilakunya agak berlainan dengan budak lain.

Ibu Bruno, Laurence Lalande memaklumkan kepada Martine Tellier (guru dan pengetua di tadika anaknya) bahawa Bruno telah mula membaca seawal umur dua setengah tahun. Tellier mendapati Bruno mempunyai minat yang berbeza dengan kanak-kanak lain. Bagaimanapun beberapa tahun kemudian, guru-guru mendapati Bruno tidak berminat untuk hadir ke sekolah.

Pada hari pertama di sekolah rendah, Bruno berasa pening. Selepas berjumpa dengan doktor, Bruno dikesan mengalami masalah pernafasan yang berpunca daripada kecemasan melampau.

Bruno akhirnya dipertemukan dengan seorang ahli psikologi bernama Arielle Adda yang merumuskan Bruno seorang kanak-kanak pintar. Tellier dimaklumkan tentang perkara ini dan sebagai pengetua, beliau membenarkan Bruno memasuki gred kedua walaupun keputusan itu dibantah oleh majlis guru.

Secara kebetulan, Tellier merupakan guru kepada Bruno yang kini berusia lima setengah tahun. Hasil penemuan mendapati Bruno merupakan seorang kanak-kanak pintar menyebabkan perkembangannya sering diperhatikan.

Hubungan Tellier dan Laurence Lalande menjadi semakin rapat dan mereka berusaha mencari inisiatif untuk membantu Bruno.

Hasilnya, Tellier dan Laurence Lalande merumuskan perlunya diwujudkan sebuah institusi kanak-kanak pintar di Perancis.

Leonard De Vinci yang dikunjungi Rosmah sempena lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Perancis itu, kini menempatkan 125 kanak-kanak dari peringkat tadika hingga sekolah menengah.

Sekolah ini mendapat pengiktirafan daripada kerajaan dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Pencapaian ini mendorong Laurence Lalande dan Martine Tellier untuk mengembangkan konsep pembelajaran sekolah ini ke peringkat kebangsaan serta mewujudkan lebih banyak sekolah di seluruh Perancis.

Lawatan Rosmah ke sekolah berkenaan difahamkan mempunyai kaitan dengan program Pusat Anak Permata Negara (Permata) yang bermatlamat meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak.

Ketika ini sebanyak 18,000 kanak-kanak di Malaysia mendapat manfaat daripada perluasan program Permata yang diketuai Rosmah selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata - dengan penubuhan 478 pusat asuhan dan didikan awal itu sepanjang tahun ini.

Ironinya, umur tiga tahun kanak-kanak sangat kritikal terutama dalam perkembangan personaliti dan minda.

Kerana itu pengalaman pembelajaran yang sesuai di samping pengasuhan yang baik perlu disediakan untuk memastikan kanak-kanak membesar dan berkembang secara holistik dan seimbang.

Pengalaman pembelajaran ini akan merangsang pembinaan hubungan neuron yang banyak dalam otak kanak-kanak dan hasilnya - lahirlah individu yang bijaksana dan cemerlang.

Bagi Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob, kanak-kanak yang bijaksana dan cemerlang adalah aset negara.

"Merekalah modal insan negara yang akan menerajui pembangunan negara pada masa depan. Oleh sebab itu, pendidikan awal amat penting bagi melahirkan modal insan yang cerdas minda (IQ tinggi), cerdas emosi (EQ tinggi), cerdas rohani (SQ tinggi), cerdas sosial dan fizikal," kata beliau kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Kesemua inilah falsafah Program Permata negara, kata beliau, sambil menjelaskan projek berkenaan lahir daripada buah fikiran Rosmah. Beliau adalah pencetus idea projek tersebut sejak 2006 yang akhirnya tertubuh Pusat Penyelidikan Perkembangan KanakKanak Negara atau NCDRC di UPSI pada 21 Jun 2007.

Menurut Aminah, Program Perintis Setiap Anak Permata Negara (ringkasnya Program Permata) bertujuan melahirkan kanak-kanak yang holistik dan seimbang; mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, berintelektual tinggi, mahir berkomunikasi, dalam keduadua bahasa - Bahasa Malaysia dan Inggeris, bijak bergaul, sihat jasmani dan suci rohani.

Umumnya, kanak-kanak pintar mempunyai tahap IQ melebihi 130. IQ ini bagaimanapun tidak menilai tahap intelektual seseorang kanak-kanak tetapi ia menilai kebolehan intelektual mereka.

Pendek kata, kanak-kanak pintar tidak bermakna dia lebih cerdik berbanding orang lain. Apa yang membezakan ialah mindanya boleh berfikir dan menaakul.

Mari kita bandingkan seorang kanak-kanak pintar dari segi intelek (IQ lebih 130) dengan seorang lagi yang inteleknya terbantut (IQ kurang 70).

Ia merupakan sesuatu yang mustahil untuk menggunakan teknik pengajaran sama untuk mengajar seorang kanak-kanak biasa (IQ 100) dan seorang kanak-kanak yang inteleknya terbantut.

Kanak-kanak yang inteleknya terbantut tidak akan menunjukkan sebarang kemajuan sekiranya teknik pengajaran yang digunakan tidak selari dengan momentum belajarnya.

Sebarang usaha untuk mengintegrasikan kanak-kanak ini dengan program pengajaran yang standard mungkin membantutkan proses pengajarannya.

Sistem sekolah justeru perlu menyesuaikan proses pembelajaran dengan ciri-ciri intelektual seseorang pelajar.

Keadaan yang sama berlaku ke atas seorang kanak-kanak yang pintar, di mana mereka ini berbeza dengan pelajar lain.

Ciri-ciri istimewa itu perlu diambil berat supaya intelek dan psikologi seseorang kanak-kanak berbakat itu boleh dikembangkan sepenuhnya.

Satu kajian ke atas kanak-kanak pintar di Perancis menunjukkan hampir separuh daripada mereka perlu mengulangi kelas selama setahun dan 20 peratus daripada mereka tercicir sebelum peringkat pra universiti.

Keadaan ini amat bertentangan dengan tanggapan umum bahawa kanak-kanak pintar mempunyai potensi intelek yang tinggi.

Kajian lain pula menunjukkan kanak-kanak pintar ini telah melepaskan watak asal mereka. Semasa di sekolah rendah, kanak-kanak pintar yang tidak dikesan akan dipaksa menjalani pembelajaran mengikut standard sekolah yang biasa. Dalam kebanyakan kes, situasi ini mewujudkan tentangan kanak-kanak pintar terhadap sistem sekolah.

Rumusannya - Program perintis Permata sangat berkesan (setakat ini) bagi melahirkan individu kanak-kanak yang holistik dan baik. Ia menjadi modal insan negara pada masa hadapan.

15 October 2009

Format ADaP Patuhi Transformasi Pendidikan 2010

ARKIB: 15/04/2009

OLEH WAHID HASHIM


WAHID Hashim menunjukkan cara membuat dokumentasi lembaran kerja daripada akhbar Utusan Malaysia sebagai bahan Alat Bantu Mengajar di IPGM Kampus Ipoh Perak, baru-baru ini.

AKHBAR Dalam pembelajaran (ADaP) , yang pada tahun ini menyisipkan konsep dan pendekatan transformasi pendidikan 2010 – dengan memberi sentuhan penilaian berasaskan sekolah –terbukti membantu dan memudahkan pembangunan instrument dan rubrik sahsiah dan potensi murid di sekolah.

Bagi pelatih maktab, pensyarah dan para pentadbirnya, serta guru sekolah dan pelajar, mereka bukan setakat menerima sisipan itu sebagai alat bantu mengajar (ABM), malah bercadang menggunakannya sebagai pelengkap kepada kurikulum standard sekolah rendah, serta sepertimana digariskan dalam transformasi pendidikan dan pentaksiran futuristik.

Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ipoh, Abdul Kadir Basiran berkata, sisipan ADaP telah dilaksanakan hasil kerjasama media cetak iaitu Utusan Malaysia dengan pelbagai rangkaian Kementerian Pelajaran bertujuan menjadikan akhbar sebagai bahan pengajaran di bilik darjah.

Kata beliau, kaedah menggunakan akhbar sebagai bahan bantu mengajar merupakan cara yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan menjadikan murid tidak cepat bosan dan jemu.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kursus Motivasi dan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) Guru Sekolah-Sekolah Pedalaman (Program Pensiangan Salinatan) Tahun 2009 diadakan di Dewan Seri Melati , IPGM Ipoh, Perak bermula 8 pagi sehingga 5 petang.

Lebih 100 guru, pelatih maktab dan pensyarah engikuti program berkenaan.

SEBAHAGIAN daripada guru yang mengikuti Kursus Motivasi dan ADaP Guru Sekolah-Sekolah Pedalaman (Program Pensiangan Salinatan Tahun 2009) di IPGM Kampus Ipoh Perak, baru-baru ini.


Program diadakan atas inisiatif Jabatan Imu Pendidikan dengan kerjasama Utusan Malaysia. Program dkendalikan sepenuhnya oleh Pengurus dan Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim dan pakar motivasi yang juga pensyarah kanan di IPGM Kampus Ipoh, Dr. Ismail Zain.

Oleh itu kata beliau, semua pihak terutama guru haruslah dapat menggunakan semua maklumat yang terdapat dalam akhbar bagi membantu guru dalam proses pengajaran dna pembelajaran dan memperoleh ilmu.

``Beberapa pendekatan pedagogi seperti pembelajaran ikuiri dapat diaplikasikan dengan gandingan bahan akhbar,’’ katanya.

Pendekatan ini berguna kepada guru untuk melatih murid menyiasat dan bertanya soalan secara berpandu ketika menggunakan akhbar sebagai bahan ba ntumengajar, kata Abdul Kadir

``Program ini juga saya yakin akan dapat memberi pendedahan kepada guru kenapa akhbar digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran,’’ tambah beliau.

Beliau mememtik Prof. Edward F. De Roche, University San Diego, USA, bahawa penggunaan ADaP telah berkembang sejak tahun 1930an lagi. ADaP dapat membantu perkara berikut:

1. Pengajaran menarik

2. Merentasi kurikulum

3. Mengubah suasasana dan pesekiataran be;ajar

4. Mengubah pengajaran yang berpusatkan guru

5. Membantu membina kemahiran belajar

6. Keperluan penerapan nilai-nilai murni

7. Motivasi

8. Pembentukan pemikiran yang berkonsepkan globalisasi

9. Membina daya kreativiti dan kemahiran berfikir

Oleh sebab itu, tamah beliau, ADaP dapat menyumbang peranan bagi menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Berseadu Sekolah Menengah (KBSM).

``Walau bagaimanapun saya ingin tegaskan di sini bahawa pededahan ADaP ini tidak bermakan kita membelakangkan straegi dan pendekatan lain yang telah dilaksanakan selanma ini di sekolah-sekolah,’’ tegas beliau.

Bagi beliau, kejayaan pelksanaan setiappendekatan dan strategi adalah bergantung sepenuhnya kepada kemahiran guru mengenal pasti kumpulans asaran guru itu sendiri.

Timbalan Pengarah IPGM Kampus Ipoh, Mohamed Isa khalid berkata, ADaP menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

Melalui program ini, pelatih maktab sebenarnya telah membuat in-house training dan mereka perulah menyebarkan ilmu yang diperolehi itu kepada rakan guru yang lain.

Ketau Jabatan Ilmu IPGM Kampus Ipoh, Radiah Idris berharap program berkenaan dapat memberi input baru dalam meningkatkan kemahiran dan keterampilan berdasarkan Four Pillars of Learning iaitu:

1. Learning to know

2. Learning to do

3. Leraning to be

4. Learning to live together

Beliau membritahu, tuntutan abad ke -21 menuntut kepada guru untuk memiliki dan mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Kaya maklumat

2. Kekuatan minda

3. Nilai-nilai luhur dan murni

4. Semangat jai diri, jaya diri dan keusahawanan dan

5. Keterampilan

Sekolah yang hadirpada program tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pasukan Polis Hutan (Ulu Kinta) , SK Pos Bersih (Slim River), SK Kampung Kenang (Sungai Siput), SK Pos Poi, SK Ulu Geruntum SK Padang Tenggala.

Turut hadir ialah pelatih maktab, pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dan para pensyarah IPGM Ipoh.

Program sehari itu diisi dengan sesi taklimat tentang Akhbar Dalam pembelajaran (ADaP), motivasi, perbengkelan dan pembelantangan.

Perbengkelanmenggunakan modul yang dikhussunkan untuk modul guru – iaitu guru menganalisis keperluan yang baik bagi penyajian terbaik bahan dalam akhbar melalui Lembaran Aktiviti Pembelajaran ADaP dan proses dokumentasi lembaran kerja daripada akhbar Utusan Malaysia.

Guru Besar SK Pasukan Polis Hutan Ulu Kinta, Perak, Rosida Mohd Sainee berkata:

``Saya dapati pembelajaran gaya ADaP sangat baik dan selari dengan konsep penerapan secara kritis dan kreatif.’’

Katanya, pengunaan akhbar sangat releven kerana bahan yang disajikan merupakan yang terbaru dan sekali gus dapat mengemas kini pengetahuan pelajar dan guru.

``Murid akan mejadi lebih peka dengan persekitaran mereka , dan mendapat maklumat terkini, seperti perlantikan Perdana Menteri yang baru (Datuk Seri Najib Tun Razak),’’ katanya.

Aktiviti mengunakan akhbar dalam pembelajaran juga akan menjurus kepada pemupukan minat membaca, dan hal ini akan dapat membuka minda warga sesebuah sekolah.

Beliau berkata, format persembahan ADaP adalah selari dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah – kurikulum transformasi yang kini diuji rintis diseklahnya, yang merupakan salah sebuah daripada hampir 500 buah sekolah yang diuji rintis.

Katanya konstruk, perkara yang dinilai, serta keperluan penilaian emosi dan jasmani terkandung di dalam sisian ADaP sekoalh rendah.

Secara umumnya, kata Rosida, KSSR ialah agihan 70 peratus penilaian berasaskan sekolah dan 20 peratus peperiksaan bertulis.

Menurut beliau, kandungan ADaP yang ada pada hari ini lebih baik daripada yang sebelum ini, kerana pendekatan penyampaian serta keperihatinan pihak redaksinya menyisipkan komponen kurikulum dan pentasiran tahun 2010 yang berciri futuristik.

Sebagai guru besar, dia akan menggunakan instrument penilaian pelajar berdasarkan modul pembangunan modal insan di dalam ADaP untuk skop penilaian berasaskan sekolah yang disediakan untuk setiap topic sesuatu mata pelajaran.

``Sebelum ini kita ada menjalankan penilaian berasaskan sekolah berdasarkan pengamatan umum seseorang guru sahaja tanpa instrumen yang boleh dijadikan rujukan.

``Kalau melihat kepada rubrik dan instrumen yang disediakan di dalam sisipan ADaP itu, kami mendapati ia boleh digunakan dan sesuai sebagai permulaan kepada KSSR dan transformasi pentaksrian 2010,’’ kata Rosida.

Dipetik daripada:

Utusan Malaysia

Pensel Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Pensil Retractable LeftRight Stabilo Menulis jadi lebih selesa dan mudah

ARKIB BERITA: 21/07/2009

GAMBAR... menunjukkan kaedah menulis jadi lebih selesa dan mudah dengan pensil stabilo.

Adakah anak anda mengalami kesukaran menulis? Adakah menulis suatu tugas yang susah bagi kanak-kanak? Kajian menunjukkan cara memegang alat menulis yang tidak betul mudah mengakibatkan tekanan kepada jari kanak-kanak menyebabkan mereka hilang minat dalam pembelajaran. Bagi sesetengah kanak-kanak, tekanan berlebihan dan genggaman keras yang dialami untuk tempoh yang lama akan memberi kesan kepada pertumbuhan struktur tulang jari.

Mengambil kira keadaan ini, Stabilo mencadangkan pilihan LeftRight (direka khusus untuk individu tangan kiri dan tangan kanan) untuk menjadikan menulis lebih selesa dan mudah. Pensel Retractable berbentuk tiga segi LeftRight Stabilo mempunyai genggaman penunjuk ibu jari yang unik untuk membantu kanak-kanak mempelajari teknik memegang pensel yang betul. Selain itu, genggaman getahnya yang ergonomik membantu mengurangkan tekanan pada jari. Ini merelakskan saraf dan otot tangan menjadikan menulis lebih selesa dan mudah.

Grafit pensil mekanikal biasa yang hanya bersaiz 0.5 atau 0.7 milimeter mudah patah dan perlu kerap ditukar. Sebagai perbandingan, Pensel Retractable LeftRight Stabilo lebih baik daripada pensel mekanikal standard. Grafit 2 milimeter yang tebal ini lebih lasak dan tidak mudah patah ketika menulis. Pengasah pensel yang direka khusus untuk individu tangan kiri dan tangan kanan menjadikan pengasahan lebih mudah.

Selain daripada pensil retractable, juga terdapat dalam siri LeftRight ini ialah pen mata bulat batang tiga segi. Pen mata bulat ini dengan genggaman penunjuk ibu jari tiga segi yang unik menjadikan menulis bukan lagi sukar dan meletihkan. Selain itu, teknologi baru dakwat Hi-Flux juga sungguh lancar sehebat prestasi pen gel dapat mengurangkan tekanan dan kepenatan pada jari dengan berkesan.

Produk baru yang dinyatakan di atas boleh dibeli di kedai buku utama dan pasar raya besar. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-8948 1629.

Dipetik daripada:

Utusan Malaysia


Asrama Prasekolah

ARKIB : 03/10/2009

Asrama prasekolah RM2j di Semporna

SEMPORNA 2 Okt. - Sebuah asrama pendidikan prasekolah bernilai RM2 juta untuk menempatkan murid miskin dari pulau-pulau sekitar daerah ini akan dibina tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, apabila siap kelak, asrama yang pertama seumpamanya di negara ini akan menempatkan sehingga 80 murid prasekolah pada satu-satu masa.

"Penyediaan kemudahan asrama berkenaan adalah salah satu usaha bagi menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak pulau supaya mereka memperolehi pendidikan seperti rakan mereka di bandar.

"Kita tahu ramai ibu bapa sukar menghantar anak-anak ke prasekolah kerana ada pulau yang agak jauh dan perlu menaiki bot serta mengambil masa agak lama untuk keluar dari pulau berkenaan.

"Untuk memudahkan anak-anak mereka mendapat pendidikan prasekolah, kita bina asrama ini yang bernilai RM2 juta," katanya.

Mohd. Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada 175 ketua isi rumah miskin tegar melalui Program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) peringkat daerah Semporna, di sini baru-baru ini.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datuk Ramli Marhaban dan Ketua Pengarah Kemas, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.

Kata Mohd. Shafie, asrama berkenaan akan berfungsi seperti asrama biasa dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti makanan, kemudahan pembelajaran serta kemudahan tuisyen kepada penghuninya.

Menurutnya, ibu bapa murid yang ditempatkan di asrama yang dilengkapi dengan penjaga berkenaan, digalakkan melawat anak-anak mereka setiap minggu untuk mengetahui perkembangan anak masing-masing.

Beliau menambah, penubuhan tadika berasrama itu selari dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan anak-anak di semua peringkat, termasuk dari kawasan luar bandar mendapatkan pendidikan bermutu di peringkat awal.

Katanya, kementerian sedia memperluaskan tadika berasrama berkenaan ke kawasan lain di negara ini sekiranya mendapat permintaan.

Mohd. Shafie berkata, selain itu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang terletak di bawah kementeriannya akan mewujudkan Pusat Infodesa di Semporna bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak luar bandar terhadap teknologi maklumat dan komunikasi.

Katanya, kos pembinaan pusat yang bakal dibekalkan dengan 25 unit komputer itu ialah sebanyak RM1 juta dan apabila beroperasi kelak, ia akan memudahkan kanak-kanak luar bandar untuk mengakses dengan kemudahan berkenaan.

Dipetik daripada:

Utusan Malaysia

12 October 2009

Transformasi Pendidikan

Transformasi pendidikan: mampukah ia dijayakan?

Oleh TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

SEPERTI yang diumumkan usaha melaksanakan transformasi kurikulum dan pentaksiran telah bermula secara rintis bermula di peringkat prasekolah dan Tahun Satu di sekolah yang sama. Sebanyak 50 buah sekolah terlibat pada tahun 2008 dan 500 buah lagi dijangka terlibat dalam tahun 2009. Ujian rintis bagi tingkatan satu pula dijangka bermula pada tahun 2010. Sekiranya tidak terdapat sebarang masalah yang rumit, mungkin ia akan dilaksanakan di prasekolah dan tahun satu pada tahun 2010 dan tingkatan satu pada tahun 2012.

Boleh dikatakan proses ransformasi ini agak kompleks kerana ia melibatkan dua bahagian yang paling penting dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), iaitu Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Bagi memastikan kejayaannya, mahu tidak mahu, kedua-dua bahagian ini perlu berkerja sama secara erat dan efektif. Keduanya juga perlu jujur dengan dapatan masing-masing bagi memastikan rumusan yang terbaik dapat dibuat bagi menjamin masa depan anak-anak kita di sekolah.

Dari segi konsep, difahamkan bahawa transformasi kurikulum melibatkan aspek pengkajian semula kurikulum agar seimbang, bersifat holistik dan tidak terlalu akademik atau membebankan. Konsepnya masih berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bentuk kurikulum ini dibahagikan kepada Enam Tunjang Pembelajaran, iaitu aspek komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, literasi sains dan teknologi, fizikal dan estetika serta ketrampilan diri.

Difahamkan juga akan terdapat sedikit perbezaan dari segi susunan kandungan kurikulum pada setiap tahap pembelajaran. Bagaimanapun perbezaan yang paling ketara adalah dari aspek organisasi kurikulum. Dalam KBSR, misalnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) diasaskan kepada hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian SP manakala dalam transformasi, ia akan dilaksanakan berasaskan standard kandungan (perkara yang murid patut ketahui) dan standard pembelajaran (satu penetapan kriteria yang perlu dicapai oleh murid). Kurikulum di sekolah akan disusun dalam bentuk yang modular dan mungkin melibatkan penyusunan semula jadual waktu di sekolah.

Begitupun transformasi kurikulum ini tidak akan berjaya jika ia berjalan secara sendirian. Oleh kerana ia akan dilaksanakan berdasarkan standard kandungan (standard based), bukan lagi secara berdasarkan hasil (outcome based), maka elemen yang amat penting untuk dilaksanakan serentak adalah pentaksiran.

Hanya melalui kaedah pentaksiran yang baik, guru dapat menentukan tahap penguasaan murid terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan. Kemahiran guru diperlukan untuk mengenal pasti murid yang bermasalah dan kesabaran guru diperlukan untuk memastikan murid ini tidak ketinggalan berbanding murid-murid yang lebih maju di dalam kelas dan berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan. Bagi memastikan ini dapat dilaksanakan dengan baik, KPM perlu memberikan tumpuan terhadap usaha melatih semula guru-guru dan mempersiapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran baru yang diperlukan.

Bahan sokongan seperti bahan multimedia, buku panduan guru dan buku aktiviti yang sesuai perlu disediakan. Ia melibatkan implikasi perjawatan bagi memastikan pembangunan dan pelaksanaan transformasi ini dapat terlaksana mengikut tempoh dirancang selain implikasi kewangan untuk mengadakan penanda arasan, pembinaan bahan, uji rintis, kajian semula geran per kapita PCG) dan latihan guru.

Akhir sekali, pengalaman dan kelemahan pelaksanaan dasar-dasar yang besar sebelum ini seperti KBSR, Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) serta program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar transformasi ini beroleh kejayaan di masa hadapan.

Dipetik daripada;

Utusan Malaysia

30/09/2009

05 September 2009

Autisme

Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang bererti aliran. Ini bermakna autisme membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Menurut Jamila K.A Mohamed (2006), autisme adalah ketegori ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain dan perilaku emosi. Gejala autisme mula kelihatan sebelum kanak-kanak berumur tiga tahun. Keadaan ini dialami sepanjang kehidupan kanak-kanak itu.


Punca
Autisme disebabkan oleh satu masalah biologi yang mengganggu perkembangan dan sistem saraf otak. Kajian mendapati faktor genetik juga memainkan peranan utama. Kajian menunjukkan sekiranya salah seorang daripada kembar seiras mengalami autisme, risiko untuk kembarnya menghidap autisme atau masalah interaksi sosial dan kefahaman bahasa amat tinggi.


Selain daripada teori genetik terdapat beberapa teori lain yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di seluruh dunia seperti:
1. Teori Kelebihan Opioid
2. Teori Gluten atau Casean dan Hubungan Penyakit Celiac
3. Kolokistokinin
4. Oksitosin dan Vasopressin
5. Metilation
6. Imunitasi Teori Autoimun dan Alergi Makanan
7. Zat darah penyerang kuman ke Myelin Protein Basic
8. Teori Infeksi kerana virus Vaksinasi
9. Teori Sekratin
10. Teori Kelainan saluran cerna (Hipermeabilities Intestinal/Leaky Gut)
11. Orphanin Protrin: Prophanin FQ/NOCICEPTIN (OFQ/N)
12. Kekurangan vitamin, mineral nutrisi tertentu


03 August 2009

Pendidikan Prasekolah

Kanak-kanak Perlu Kuasai Kemahiran Asas Sebelum Masuk Persekolahan Formal

PENDIDIKAN prasekolah penting bagi membolehkan kanak-kanak menguasai pengetahuan dan kemahiran asas sejak awal.

Kanak-kanak perlu kuasai pengetahuan, kemahiran asas sebelum memasuki alam persekolahan formal MENJADIKAN prasekolah sebahagian daripada sistem pendidikan negara bagi mengukuhkan kemahiran bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak sejak awal wajar kerana ia bukan saja dapat mencapai matlamat itu, malah mengimbangi penguasaan pengetahuan asas ketika mereka memasuki alam persekolahan formal. Fenomena kini, ada sebahagian murid tidak menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) sekalipun sudah belajar di Tahun Enam kerana ketinggalan dalam pembelajaran, antara lain dikatakan berpunca pencapaian dan penguasaan kemahiran berbeza sejak memasuki Tahun Satu lagi.

Sehubungan itu, pelaksanaan prasekolah untuk semua kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan sebenar disifatkan mampu membantu perkembangan pendidikan seterusnya, di samping memudahkan proses pengajaran guru di bilik darjah. Langkah itu juga memberi kesedaran pelbagai pihak, terutama ibu bapa supaya mementingkan pendidikan awal serta mengubah sikap mereka sebelum ini yang memandang ringan terhadap keperluan memberi pendidikan itu. Kepentingan pendidikan prasekolah tidak dinafikan seperti kata tokoh akademik, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, ia adalah permulaan memasuki dunia pendidikan yang mampu memberi kesan positif kepada proses tumbesaran.


Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran berkata, usaha kerajaan itu adalah langkah pembaharuan terhadap perkembangan pendidikan prasekolah negara. Malah beliau yakin ia mampu melahirkan murid lebih matang apabila memasuki alam persekolahan, sekiranya penambahbaikan dilakukan terhadap kurikulum dan tenaga pengajar pendidikan peringkat berkenaan. Bagi mencapai matlamat itu, beliau berkata, keperluan prasarana bagi memenuhi keperluan pendidikan prasekolah juga wajar ditingkatkan dengan memberi keutamaan kawasan luar bandar. “Kita tidak mahu jurang antara kawasan bandar dan luar bandar semakin melebar jika kemudahan prasarana prasekolah tidak diagihkan dengan seadil-adilnya.

“Sekiranya wujud kekangan dari segi peruntukan sekali pun, kerajaan harus memastikan kawasan luar bandar menerima akses kemudahan itu terlebih dulu berbanding bandar. “Aspek penyediaan guru prasekolah yang berwibawa juga penting bagi memastikan amalan dan pendekatan pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak,” katanya kepada Berita Harian. Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan bahawa kerajaan bakal melaksanakan prasekolah bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak sejak awal. Mengenai perkembangan prasekolah semasa, pelbagai pihak menjalankan program pendidikan peringkat berkenaan, antaranya iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Berdasarkan perangkaan, Kementerian Pelajaran melaksanakan program prasekolah di lebih 3,000 daripada kira-kira 7,000 sekolah rendah seluruh negara. Sementara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi Jabatan Kemajuan Masyarakat pula menyediakan 8,316 Taman Bimbingan Kanak-kanak bagi memastikan kanak-kanak luar bandar tidak tercicir dalam pendidikan awal. Ia juga banyak disediakan pihak swasta bagai cendawan tumbuh selepas hujan dengan mewujudkan kemudahan itu hampir di setiap kawasan perumahan terutama di bandar.

Dari segi keseragaman penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas pula, Guru Tahun Satu, Sekolah Kebangsaan USJ 20, Subang Jaya, Selangor, Zurihan Mohd Yusoff, berkata prasekolah penting bagi menentukan perkembangan pendidikan seterusnya. Beliau berpengalaman 20 tahun mengajar murid Tahun Satu berkata, kanak-kanak perlu mendapatkan pendidikan prasekolah kerana ia memantapkan keupayaan dan persediaan mereka memasuki alam persekolahan formal. Sambil mengakui wujud perbezaan ketara antara kanak-kanak mengikuti prasekolah berbanding yang tidak menerima pendedahan itu ketika memasuki Tahun Satu, beliau berkata: “Murid gagal menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dengan baik dikenal pasti adalah mereka yang tidak mengikuti prasekolah.
“Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa mengikuti kelas pemulihan bagi menguasai kemahiran berkenaan. “Pada masa sama, mereka juga berdepan dengan kesukaran untuk bersosial antaranya bersikap malu dan takut bergaul dengan rakan lain.” Berbanding murid mengikuti prasekolah, Zurihan berkata, mereka lebih berani, selesa, mudah mengikuti proses pembelajaran, mampu berkomunikasi dengan baik, selain menguasai kemahiran asas. Justeru katanya, usaha kerajaan itu mampu mengubah situasi berkenaan, sekali gus membantu kanak-kanak lebih bersedia memasuki Tahun Satu dan mengatasi masalah penguasaan 3M.

17 July 2009

Main Kahwin...Kahwin...

(sekadar gambar hiasan)
(sekadar gambar hiasan)
Main kahwin-kahwin. Itulah perkataan yang seringkali bermain di bibir kita suatu masa dahulu. Pastinya kenangan tersebut sentiasa segar di dalam ingatan kita. Zaman yang penuh kegembiraan dan mungkin pahit bagi segelintir kanak-kanak yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Bagi kanak-kanak seusia ini, main kahwin-kahwin hanyalah sekadar cara mereka meluahkan perasaan secara tidak langsung. Mereka mula tertarik kepada jantina yang berbeza. Aspek yang dilihat oleh kanak-kanak biasanya adalah aspek fizikal. Kecantikan dan kekacakan kanak-kanak menjadi ukuran.
Minat dan sedikit perasaan yang timbul dalam diri, mendorong kanak-kanak ini untuk mengajak pasangan masing-masing bermain permainan kahwin-kahwin. Kegembiraan jelas terpancar apabila masing-masing tersenyum simpul menandakan masing-masing bersetuju dengan tindakan yang dilakukan.
Menurut Daniel Golman, kita perlu melayan perasaan kanak-kanak sebegini untuk menjana perkembangan emosi kanak-kanak. Melayan mengikut tempatnya. Kekadang, kita sebagai guru prasekolah terlepas pandang kepada perkara sebegini. Kita lebih gemarkan pengajaran yang menggunakan suara yang tinggi dan senada untuk menakutkan kanak-kanak agar kanak-kanak memberi perhatian kepada pengajaran kita. Ia ada benarnya. Tetapi, harus diingat pengajaran yang sebegini jika digunakan selalu tanpa disedari kita akan membentuk kanak-kanak yang 'kejong emosi'. Kanak-kanak yang tidak tahu dan tidak pandai menjiwai pelbagai jenis perasaan yang Allah telah kurniakan.
Pada fikiran kita, kita telah berjaya mengawal keadaan kelas (class control) dan sekaligus mendidik kanak-kanak supaya menjadi kanak-kanak yang berdisiplin. Tetapi ia berlaku sebaliknya.
Justeru, corak pengajaran yang sebagaimana yang harus dipilih? Menggunakan kekerasan atau ketegasan atau pun dalam kelembutan ada ketegasan? Renung-renungkanlah...

Perkembangan Otak Kanak-kanak

Tiga tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak merupakan waktu di mana perkembangan otak berlaku dengan pesat. Walaupun perkembangan otak terus berlaku selepas itu tetapi tiga tahun pertama merupakan waktu yang paling kritikal. Ketika ini otak lebih fleksibel dan bersedia untuk mempelajari sesuatu. Berat otak bayi ketika dilahirkan ialah 25% daripada berat otak orang dewasa. Ketika mencapai usia 3 tahun, otak bayi telah berkembang menjadi berjuta- juta sel (yang terdiri dari neurons dan sel-sel otak yang lain).
Sel-sel ini kemudiannya bercantum untuk membentuk berjuta-juta “jalinan” (synapses). Jalinan antara sel ini kemudian membentuk pusat kawalan yang kompleks bagi perkembangan mental, emosi, fizikal dan spiritual.Pengalaman-pengalaman awal, samada positif atau negatif yang dialami oleh bayi dan kanak-kanak mempunyai kesan terhadap pembentukan “jalinan” sel-sel otak. Otak beroperasi dengan menggunakan perinsip “use it or lose it”. Hanya jalinan sel-sel yang sentiasa digunakan sahaja yang kekal. Perkembangan bahasa merupakan satu contoh terbaik untuk menunjukkan otak beroperasi mengikut perinsip tersebut.
Pada usia 3 bulan, otak bayi berupaya membezakan pelbagai bunyi percakapan. Beberapa bulan selepas itu, otak mula belajar mengenali bunyi yang didengarinya. Pada peringkat awal, otak bayi mampu menyimpan bunyi yang pernah didengarinya. Sebagai analogy, bayangkan kita membuang sesuatu dokumen ke dalam “trash” di dalam komputer. Kita berupaya mencari semula dokumen tersebut selagi dokumen tersebut tidak dibuang terus dari komputer. Ini juga menerangkan mengapa kanak- kanak lebih mudah mempelajari pelbagai bahasa selain dari bahasa ibunda. Pada umur 10 tahun kebolehan ini semakin berkurangan dan jika masih tidak digunakan ia akan terus hilang. Kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas masih mampu mempelajari bahasa asing tetapi memerlukan usaha yang lebih.
Kita boleh bayangkan ketika berusia seperti kita, mampukah kita mempelajari bahasa asing dengan mudah semudah kanak-kanak di bawah usia 10 tahun?Oleh kerana perkembangan otak bayi berkembang dengan aktif dan bayi pula sentiasa berada bersama ibubapa pada peringkat awal, maka tidak hairanlah ibubapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan mereka. Sentuhan, pendengaran dan semua benda yang dilihat dan dihidu oleh bayi membantu pembentukan jalinan sel-sel otak.
Sebab itulah ibubapa digalakkan meransang kesemua deria bayi dengan penuh kasihsayang untuk memastikan otak berkembang dengan sempurna. Perkembangan otak akan terhenti sekiranya ransangan tidak diberikan secara berterusan. Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa ransangan yang sempurna biasanya mempunyai otak yang kecil berbanding dengan kanak- kanak yang mendapat ransangan dan didedahkan kepada pelbagai pengalaman. Para doktor mendapati, kanak-kanak yang dibesarkan di persekitaran yang kurang ransangan, otak mereka lebih menyerupai otak pesakit "Alzheimer's". Binatang-binatang yang dipelihara di zoo memunyai otak 20% - 30% lebih kecil daripada binatang-binatang liar yang hidup di hutan. Satu kajian yang telah dibuat ke atas 1000 orang kanak-kanak yang terbiar tanpa ransangan, sentuhan, kasihsayang dan pengalaman yang sedikit dengan alat-alat permainan (toys). Kajian tersebut mendapati kanak-kanak tersebut mempunyai otak 20% - 30% lebih kecil dari kanak-kanak yang sebaya mereka yang mendapat rangsangan sempurna.
Separuh daripada kanak-kanak tersebut di dapati bahagian otak yang tidak mendapat ransangan telah hilang begitu saja. Satu lagi kajian mendapati, kanak-kanak yang mengalami trauma seperti di dera dan melihat pembunuhan yang ngeri, mengalami kesan fizikal dan emosi yang berterusan walaupun kejadian itu telah lama berlalu. Kanak-kanak yang trauma ini mempunyai debaran jantung yang kuat, kadar hormon "stress" yang tinggi dalam darah dan mengalami gangguan tidur. Semua ini adalah disebabkan pengalaman ngeri yang mereka alami yang kekal tersimpan di dalam otak mereka. Sekiranya trauma ini tidak ditangani dengan baik, kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah emosi, tingkah laku dan pembelajaran. Bayi dan kanak-kanak akan mempelajari sesuatu melalui interaksi dengan persekitaran. Bayi menangis ketika lapar dan tidak selesa.
Apakah tangisan itu mendapat perhatian atau sebaliknya? Sekiranya ibubapa memberi respon yang positif terhadap tangisan dan memenuhi keperluannya, bayi itu akan merasa selamat (secure) dan memfokuskan perhatian untuk meneroka persekitarannya. Ini akan membantu perkembangan otak bayi tersebut. Sebaliknya, kalau tangisan dan keperluannya tidak mendapat perhatian dan tidak dihiraukan ataupun mendapat perhatian secara negatif (seperti herdikan atau tengkingan), bayi tersebut akan merasa tidak selamat dan memfokuskan seluruh perhatiannya untuk memastikan keperluannya dipenuhi. Ini akan menyebabkan bayi tersebut akan hilang tumpuan dan mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan persekitaran (manusia dan objek). Lama kelamaan, sekiranya keadaan ini berterusan perkembangan otak akan terbantut.
Mungkin kita tertanya-tanya, apakah pengaruh genetik terhadap perkembangan dan kecerdasan kanak-kanak? Faktor baka atau genetik memang memainkan peranan dalam menentukan kepintaran dan kecerdasan seseorang kanak-kanak, Namun begitu, keadaan keliling tempat seseorang itu membesar sesungguhnya menjadi faktor penentu untuk menentukan sejauh mana bakat dan kepintaran yang diwarisi itu akan meningkat dan berkembang. Dengan lain perkataan, kedua-dua faktor ini saling kait-mengait dan bantu- membantu.
Dipetik daripada;
Blog "The Precious Moment"
Tiga tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak merupakan waktu di mana perkembangan otak berlaku dengan pesat. Walaupun perkembangan otak terus berlaku selepas itu tetapi tiga tahun pertama merupakan waktu yang paling kritikal. Ketika ini otak lebih fleksibel dan bersedia untuk mempelajari sesuatu. Berat otak bayi ketika dilahirkan ialah 25% daripada berat otak orang dewasa. Ketika mencapai usia 3 tahun, otak bayi telah berkembang menjadi berjuta- juta sel (yang terdiri dari neurons dan sel-sel otak yang lain).


Sel-sel ini kemudiannya bercantum untuk membentuk berjuta-juta “jalinan” (synapses). Jalinan antara sel ini kemudian membentuk pusat kawalan yang kompleks bagi perkembangan mental, emosi, fizikal dan spiritual.Pengalaman-pengalaman awal, samada positif atau negatif yang dialami oleh bayi dan kanak-kanak mempunyai kesan terhadap pembentukan “jalinan” sel-sel otak. Otak beroperasi dengan menggunakan perinsip “use it or lose it”. Hanya jalinan sel-sel yang sentiasa digunakan sahaja yang kekal. Perkembangan bahasa merupakan satu contoh terbaik untuk menunjukkan otak beroperasi mengikut perinsip tersebut.


Pada usia 3 bulan, otak bayi berupaya membezakan pelbagai bunyi percakapan. Beberapa bulan selepas itu, otak mula belajar mengenali bunyi yang didengarinya. Pada peringkat awal, otak bayi mampu menyimpan bunyi yang pernah didengarinya. Sebagai analogy, bayangkan kita membuang sesuatu dokumen ke dalam “trash” di dalam komputer. Kita berupaya mencari semula dokumen tersebut selagi dokumen tersebut tidak dibuang terus dari komputer. Ini juga menerangkan mengapa kanak- kanak lebih mudah mempelajari pelbagai bahasa selain dari bahasa ibunda. Pada umur 10 tahun kebolehan ini semakin berkurangan dan jika masih tidak digunakan ia akan terus hilang. Kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas masih mampu mempelajari bahasa asing tetapi memerlukan usaha yang lebih.


Kita boleh bayangkan ketika berusia seperti kita, mampukah kita mempelajari bahasa asing dengan mudah semudah kanak-kanak di bawah usia 10 tahun?Oleh kerana perkembangan otak bayi berkembang dengan aktif dan bayi pula sentiasa berada bersama ibubapa pada peringkat awal, maka tidak hairanlah ibubapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan mereka. Sentuhan, pendengaran dan semua benda yang dilihat dan dihidu oleh bayi membantu pembentukan jalinan sel-sel otak.


Sebab itulah ibubapa digalakkan meransang kesemua deria bayi dengan penuh kasihsayang untuk memastikan otak berkembang dengan sempurna. Perkembangan otak akan terhenti sekiranya ransangan tidak diberikan secara berterusan. Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa ransangan yang sempurna biasanya mempunyai otak yang kecil berbanding dengan kanak- kanak yang mendapat ransangan dan didedahkan kepada pelbagai pengalaman. Para doktor mendapati, kanak-kanak yang dibesarkan di persekitaran yang kurang ransangan, otak mereka lebih menyerupai otak pesakit "Alzheimer's". Binatang-binatang yang dipelihara di zoo memunyai otak 20% - 30% lebih kecil daripada binatang-binatang liar yang hidup di hutan. Satu kajian yang telah dibuat ke atas 1000 orang kanak-kanak yang terbiar tanpa ransangan, sentuhan, kasihsayang dan pengalaman yang sedikit dengan alat-alat permainan (toys). Kajian tersebut mendapati kanak-kanak tersebut mempunyai otak 20% - 30% lebih kecil dari kanak-kanak yang sebaya mereka yang mendapat ransangan sempurna.


Separuh daripada kanak-kanak tersebut di dapati bahagian otak yang tidak mendapat ransangan telah hilang begitu saja. Satu lagi kajian mendapati, kanak-kanak yang mengalami trauma seperti di dera dan melihat pembunuhan yang ngeri, mengalami kesan fizikal dan emosi yang berterusan walaupun kejadian itu telah lama berlalu. Kanak-kanak yang trauma ini mempunyai debaran jantung yang kuat, kadar hormon "stress" yang tinggi dalam darah dan mengalami gangguan tidur. Semua ini adalah disebabkan pengalaman ngeri yang mereka alami yang kekal tersimpan di dalam otak mereka. Sekiranya trauma ini tidak ditangani dengan baik, kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah emosi, tingkah laku dan pembelajaran. Bayi dan kanak-kanak akan mempelajari sesuatu melalui interaksi dengan persekitaran. Bayi menangis ketika lapar dan tidak selesa.


Apakah tangisan itu mendapat perhatian atau sebaliknya? Sekiranya ibubapa memberi respon yang positif terhadap tangisan dan memenuhi keperluannya, bayi itu akan merasa selamat (secure) dan memfokuskan perhatian untuk meneroka persekitarannya. Ini akan membantu perkembangan otak bayi tersebut. Sebaliknya, kalau tangisan dan keperluannya tidak mendapat perhatian dan tidak dihiraukan ataupun mendapat perhatian secara negatif (seperti herdikan atau tengkingan), bayi tersebut akan merasa tidak selamat dan memfokuskan seluruh perhatiannya untuk memastikan keperluannya dipenuhi. Ini akan menyebabkan bayi tersebut akan hilang tumpuan dan mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan persekitaran (manusia dan objek). Lama kelamaan, sekiranya keadaan ini berterusan perkembangan otak akan terbantut.


Mungkin kita tertanya-tanya, apakah pengaruh genetik terhadap perkembangan dan kecerdasan kanak-kanak? Faktor baka atau genetic memang memainkan peranan dalam menentukan kepintaran dan kecerdasan seseorang kanak-kanak, Namun begitu, keadaan keliling tempat seseorang itu membesar sesungguhnya menjadi faktor penentu untuk menentukan sejauh mana bakat dan kepintaran yang diwarisi itu akan meningkat dan berkembang. Dengan lain perkataan, kedua-dua faktor ini saling kait-mengait dan bantu- membantu.

Dipetik da

Rutin Kanak-kanak Prasekolah

Kanak-kanak berbaris untuk mendapatkan makanan.
Bersarapan sebelum mula pengajaran dan pembelajaran

Kanak-kanak memberus gigi selepas rehat atau pun kudapan.

bee