Bahan Yang Diperlukan
- 2 tray kiub ais
- Jam
- Mangkuk kecil
- Kertas
- Pensel
- Air
- Jus Buah
Cara Membuatnya:
1. Berikan murid-murid anda sebatang pensel dan kertas setiap seorang. Beritahu mereka bahawa mereka akan menjadi seorang saintis.
2. Isikan satu tray ais kiub penuh dengan air manakala isikan separuh air untuk tray yang satu lagi. Simpan kedua-dua tray ais kiub tersebut ke dalam 'freezer'. Catatkan masa menyimpan. Perhatikan tray-tray tersebut setiap 30 minit sama ada terdapat perubahan terhadap air tersebut.
3. Minta murid-murid mengenal pasti berapa lama masa yang diambil untuk air tersebut membeku. Tanya kepada murid-murid tray yang mana yang lebih cepat membeku. Minta murid-murid beri penjelasan terhadap jawapan mereka.
4. Minta murid-murid mengambil seketul ais daripada setiap tray dan letakkan ais tersebut ke dalam dua buah mangkuk secara berasingan.
5. Minta murid-murid perhatikan ais dari mangkuk mana yang lebih cepat cair. Mangkuk A diletakkan di tepi tingkap dan mangkuk B di dalam peti sejuk (bahagian bawah). Minta murid-murid perhatikan jam. Catatkan berapa lama masa yang diambil untuk cair.
6. Lakukan perkara yang sama untuk jus buah yang telah disediakan. Bandingkan masa yang dicatat untuk cair. Yang mana lebih cepat cair?
No comments:
Post a Comment