Pengikut

banner


13 December 2010

Puding Jem Kukus


Bahan Puding:

6 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar mentega
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar susu cair
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur
Sedikit jem
Sedikit esen vanila

Cara Menyediakan:

1. Ayak tepung bersama serbuk penaik.

2. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.

3. Masukkan esen vanila dan tepung, pukul lagi. Tuangkan susu cair dan kacau rata.

4. Lengserkan acuan dengan minyak, tuangkan adunan dan ratakan jem. Tutup dengan kertas minyak dan kukus hingga masak.

Bahan Sos:

2 sudu besar jem
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar tepung jagung
1/2 gelas air sejuk

Cara Menyediakan:

1. Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih.

2. Keluarkan puding yang telah masak dan masukkan ke dalam pinggan, kemudian tuangkan kuahnya dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

bee