Pengikut

banner


Showing posts with label Sudut Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Sudut Kreatif. Show all posts

05 December 2010


Aktiviti yang boleh digunakan untuk templat ini:

1. Aktiviti lembaran kerja

2. Aktiviti memancing
Contoh: Lekatkan ikan di dalam balang dan kira.

3. Belajar tambah
Contoh: Lekatkan semua ikan di dalam balang
: Minta murid-murid ambil dua ekor ikan yang berlainan nombor.
: Minta murid-murid kirakan jumlah ikan tersebut.

4. Menghias balang ikan
Contoh: Guru sediakan bentuk ikan, balang, batu-batu kecil, rumpai laut.
: Murid-murid gam kesemua bahan yang diberi dan hiaskan mengikut kreativiti mereka.

5. Bingkai Gambar
Contoh: Boleh jadikan ia sebagai 'frame gambar' untuk setiap kumpulan.
: Gambar murid-murid ditampal pada bentuk ikan.
: Lekatkan nama bagi setiap murid.
: Letakkan frame gambar di atas setiap meja kumpulan.

Kenali Haiwan




















Antara aktiviti yang boleh digunakan dengan menggunakan templat di atas:

1. Penghias beg kertas

2. Hand Puppet/ Puppet Stick
Contoh: Aktiviti bercerita yang melibatkan watak, memperkenalkan topik baru

3. Penghias letak sampul surat

4. Memperkenalkan bahagian badan haiwan

5. Memperkenalkan abjad
Contoh: g-gajah, b-beruang, s-singa

6. Digunakan sebagai ikon muzik.
Contoh: haiwan besar-tepuk kuat. haiwan kecil-tepuk perlahan

7. Jigsaw puzzle
Contoh: nomborkan di belakang kepingan jigsaw (memperkenalkan nombor)


Mungkin cikgu-cikgu ada idea lain yang lebih kreatif, boleh lah 'print out' templat di atas untuk kegunaan sebagai BBM.

28 November 2010

Rumah

Bahan-Bahan:

Kadbod/ Kotak
Gunting/Pisau
Pembaris
Pensel
Poster Color


Cara-Cara Membuat:

Lukis rupa bentuk rumah dan gunting.

Buat sebentuk rumah lagi yang sama saiz.


Lukiskan garis lurus di tengah-tengah kedua-dua buah rumah tersebut.
Tandakan titik tengah rumah dan memanjang ke atas.

Sebuah rumah lagi, ditandakan titik tengah dan garis memanjang ke bawah.
Gunting bahagian yang telah ditanda tadi.
Sementara itu, lukis gambar tingkap dan pintu mengikut daya kreativiti.
Warnakan rumah tersebut dengan menggunakan poster color supaya ia kelihatan menarik.
Setelah kering, sambungkan kedua-dua bahagian rumah tersebut.

Inilah rupa model rumah yang telah siap. Cantik kan!
Boleh bina banyak lagi rumah dan jadikan seperti kawasan perumahan atau bandar.

Penanda Buku

Bahan-bahan:

Kadbod keras
Pensel
Pensel warna/Poster color
Gunting
Gam
Kertas A4 putih

Cara-cara Membuat:

Lukis terlebih dahulu pada sekeping kertas A4 putih bentuk ulat yang menarik seakan-akan dalam gambar di bawah.




Gunting dan gamkan ulat tadi pada kadbod keras. Gunting sekali lagi.

Gunting sedikit pada leher ulat tetapi jangan sampai putus.

Setelah itu, barulah warnakan dengan pensel warna atau poster color.

Ta da... Dah siap!


Murid-murid kita mesti bersemangat nak baca buku lepas ni. Selamat Mencuba!

Puppet Singa

Bahan-bahan:
  • Gambar Puppet
  • Paper Lunch Bag(s)
  • Krayon
  • Gunting
  • Gunting
Cara-Cara Membuatnya:

1. Cetak dan gunting gambar di bawah. Warnakan mengikut kreativiti. Pastikan warna tersebut dapat menarik minat murid-murid terhadap pengajaran cikgu kelak.

2. Tampalkan mulut singa pada beg kertas tersebut seperti yang ditunjukkan.

3. Gam kepala singa di atas lipatan beg kertas seperti yang ditunjukkan. Cikgu-cikgu boleh masukkan tangan ke dalam beg kertas tersebut dan mulakan 'puppet show'. Selamat Mencuba!

"Giving Thanks" Beg Kertas Kraf Turkey

Bahan-bahan:

1 beg kertas
Segumpal kertas tisu
Gunting
Gam/Selotep
Marker
Templat turkey yang sudah di 'print'

Cara-cara Membuatnya:

1. Masukkan kertas tisu ke dalam beg kertas dan bentukkan beg kertas supaya ia kelihatan padat dan montok.

2. Print dan gunting "Giving Thanks" Beg Kertas Kraf Turkey

3. Bentukkan kepala turkey.

4. Gam atau selotep sayap dan ekor turkey ke arah badannya.

5. Tulis "Terima Kasih" untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan atau keluarga.

bee