Pengikut

banner

29 November 2010

Belajar, Bermain & Membesar Bersama

"Learn, Play & Grow Together"

28 November 2010

Rumah

Bahan-Bahan:

Kadbod/ Kotak
Gunting/Pisau
Pembaris
Pensel
Poster Color


Cara-Cara Membuat:

Lukis rupa bentuk rumah dan gunting.

Buat sebentuk rumah lagi yang sama saiz.


Lukiskan garis lurus di tengah-tengah kedua-dua buah rumah tersebut.
Tandakan titik tengah rumah dan memanjang ke atas.

Sebuah rumah lagi, ditandakan titik tengah dan garis memanjang ke bawah.
Gunting bahagian yang telah ditanda tadi.
Sementara itu, lukis gambar tingkap dan pintu mengikut daya kreativiti.
Warnakan rumah tersebut dengan menggunakan poster color supaya ia kelihatan menarik.
Setelah kering, sambungkan kedua-dua bahagian rumah tersebut.

Inilah rupa model rumah yang telah siap. Cantik kan!
Boleh bina banyak lagi rumah dan jadikan seperti kawasan perumahan atau bandar.

Penanda Buku

Bahan-bahan:

Kadbod keras
Pensel
Pensel warna/Poster color
Gunting
Gam
Kertas A4 putih

Cara-cara Membuat:

Lukis terlebih dahulu pada sekeping kertas A4 putih bentuk ulat yang menarik seakan-akan dalam gambar di bawah.




Gunting dan gamkan ulat tadi pada kadbod keras. Gunting sekali lagi.

Gunting sedikit pada leher ulat tetapi jangan sampai putus.

Setelah itu, barulah warnakan dengan pensel warna atau poster color.

Ta da... Dah siap!


Murid-murid kita mesti bersemangat nak baca buku lepas ni. Selamat Mencuba!

Puppet Singa

Bahan-bahan:
  • Gambar Puppet
  • Paper Lunch Bag(s)
  • Krayon
  • Gunting
  • Gunting
Cara-Cara Membuatnya:

1. Cetak dan gunting gambar di bawah. Warnakan mengikut kreativiti. Pastikan warna tersebut dapat menarik minat murid-murid terhadap pengajaran cikgu kelak.

2. Tampalkan mulut singa pada beg kertas tersebut seperti yang ditunjukkan.

3. Gam kepala singa di atas lipatan beg kertas seperti yang ditunjukkan. Cikgu-cikgu boleh masukkan tangan ke dalam beg kertas tersebut dan mulakan 'puppet show'. Selamat Mencuba!

"Giving Thanks" Beg Kertas Kraf Turkey

Bahan-bahan:

1 beg kertas
Segumpal kertas tisu
Gunting
Gam/Selotep
Marker
Templat turkey yang sudah di 'print'

Cara-cara Membuatnya:

1. Masukkan kertas tisu ke dalam beg kertas dan bentukkan beg kertas supaya ia kelihatan padat dan montok.

2. Print dan gunting "Giving Thanks" Beg Kertas Kraf Turkey

3. Bentukkan kepala turkey.

4. Gam atau selotep sayap dan ekor turkey ke arah badannya.

5. Tulis "Terima Kasih" untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan atau keluarga.

Kreativiti & Estetika

Cikgu-cikgu boleh perkenalkan haiwan-haiwan di air ini satu persatu kepada murid-murid. Gambar tersebut boleh dijadikan sebagai lembaran kerja sebagai aktiviti mewarna. Setelah kemahiran mewarna setiap haiwan di air ini dikuasai dengan jelas, barulah cikgu-cikgu berikan sekeping gambar pemandangan di dasar laut kepada murid-murid.

Ketika ini, murid-murid cikgu tidak akan mengalami masalah mewarna yang sepatutnya kerana apabila tiba mewarna pemandangan yang agak sukar tersebut, murid-murid akan cuba mengingati warna yang pernah digunakan untuk haiwan tersebut. Selamat Mencuba!

Singa Laut (Seal)

Ikan Lumba-lumba (Dolphin)

Ikan Paus (Whale)


Penyu (Turtle)

Pemandangan Penuh Di Dasar Laut
PERKEMBANGAN ANAK 1-2 TAHUN

Cerdaskan Minda Si Kecil

Minda cergas mampu membentuk peribadi anak-anak cemerlang apabila dewasa nanti. Jika anda ingin berkongsi cara untuk mencergaskan minda anak ikuti beberapa cadangan NORHASLIZA YUSOFF seperti di bawah.

Kreativiti

Sediakan ruang untuk si kecil menunjukkan bakatnya! Lazimnya pada usia sebegini, si kecil suka menconteng, malah mungkin dinding rumah anda! Namun, galakkannya dengan menconteng di atas kertas. Sediakan juga peralatan melukis seperti krayon, berus air atau pencil warna. Namun pastikan si kecil di awasi oleh anda ketika menggunakan peralatan ini. Bimbang jika dimasukkan
ke dalam mulutnya! Melihat hasil kerjanya, anda mesti memberi pujian walaupun tidak mengetahui apa yang ingin dilukiskannya. Tampalkan hasil kerjanya, mungkin pada peti ais, papan menampal atau digantung dalam biliknya.

Barang permainan dalam bekas

Kanak-kanak adalah individu yang sentiasa meneroka alam persekitarannya. Pernahkah anda melihat si kecil mengeluarkan dan memasukkan mainan dalam sesuatu bekas. Ini adalah kemahiran yang lazim terjadi dalam perkembangan si kecil. Selalunya mengeluarkan barang akan terjadi lebih dulu daripada memasukkan ke dalam kotak. Ajarlah kepadanya bagaimana untuk memasukkan benda-benda tersebut sehingga dia mahir. Biarkan si kecil melakukan aktiviti itu, kerana ia mampu merangsang mindanya. Bagaimanapun jangan lupa faktor keselamatan iaitu pastikan barang permainan itu tidak terlalu kecil sehingga boleh tertelan. Pilihlah barang mainan yang besar dan lembut (tidak tajam) supaya si kecil selamat ketika bermain.

Objek pelbagai saiz dan warna

Anak kecil mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dalam penerokaannya. Memberi pendedahan melalui objek barang mainan yang mempunyai pelbagai saiz dapat merangsang mindanya. Biarpun anak anda masih belum dapat menyebut objek itu, tetapi dia sudah boleh diajar untuk mengenal objek itu. Berikan galakkan kepadanya dengan memberikan permainan sebegini untuk dia memahami bahawa permainan mempunyai pelbagai saiz dan warna. Anak yang diberi pendedahan mengenai warna dapat membantunya belajar mengenai dalam kehidupannya. Di samping itu, sediakan permainan yang melatih kemahiran halus si kecil. Antara contoh permainan ialah memasukkan objek dalam lubang dengan tepat.
Permainan jenis ini juga melatih kemahiran tangan, dan warna.

Waktu segarkan badan

Di mana jua tempat, anda boleh aktifkan minda si kecil. Ketika si kecil mandi, sediakan barang mainan yang mempunyai unsur-unsur pendidikan kepadanya. Itik plastik dan bola kecil adalah antara permainan yang mempunyai pelbagai bentuk dan konsep tersendiri. Biarkan si kecil bermain air, tetapi dengan pengawasan anda. Ini kerana ada pendapat mengatakan bahawa anak
yang gemar bermain mampu memberi keberanian dalam dirinya. Dengan ini jelas bahawa permainan air bukan sahaja menyediakan kegembiraan untuk si kecil tetapi mengajarnya mengenai keyakinan diri.

Permainan mengikuti pemimpin

“Kalau rasa gembira tepuk tangan! Kalau rasa gembira hentak kaki!...” Ini adalah antara bait-bait lagu tradisional yang biasa kita. Namun tanpa kita sedar bahawa ia merupakan salah satu bentuk pengajaran yang dapat merangsang minda si kecil. Jika anda menepuk tangan sambil menyanyikan lagu, anak pula diajak sama untuk mengikuti. Begitu juga dengan pergerakan lain. Anda buat dan anak akan mengikut selepas itu. Jika sering melakukan secara konsisten,
anak akan mengikuti tanpa harus dipaksa dan akhirnya dia akan sanggup untuk melakukan permainan itu dengan sendirian tanpa perlu mengikut anda. Cubalah!


bee