Pengikut

banner

Objektif

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat (4) hingga enam (6) tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:

i. Membina kecergasan badan
ii. Membina tubuh badan yang sihat
iii. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
iv. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri
v. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar
vi. Mempunyai kematangan emosi
vii. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri
viii. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan
ix. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain
x. Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan
xi. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya
xii. Mengamalkan nilai murni
xiii. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam
xiv. Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian
xv. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas
xvi. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah
xvii. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian
xviii. Mengembangkan daya kreatif dan estetika
xix. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

bee