Pengikut

banner

30 June 2009

Matlamat Pendidikan Prasekolah Di Malaysia

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan Negara.
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Pendidikan prasekolah adalah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

OBJEKTIF AM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Sayangkan negara, amalan nilai Islam dan nilai murni, menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu dengan baik, menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, memperkembangkan keupayaan fizikal, memperkembangkan konsep kendiri, memperkembangkan perasaan ingin tahu dan memperkembangkan daya kreatif dan estetika.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah membolehkan murid:
i. mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi
warganegara patriotik.
ii. menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa
untuk berkomunikasi
iii. menggunakan Bahasa Cina dan Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang
menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Tamil.
iv. menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya
sebagai bahasa kedua.
v. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
vi. mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian
vii. mempunyai kemahiran kognitif. Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
viii. mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial
ix. mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan keselamatan
yang baik; dan
x. mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan
budaya.

No comments:

Post a Comment

bee