Pengikut

banner

14 December 2010

Sejarah Penubuhan

Prasekolah Baiduri merupakan prasekolah yang kedua di SK Kuala Baram II, Miri. Ia telah dibuka pada tahun 2006. Prasekolah ini dibuka adalah bertujuan untuk mendidik kanak-kanak prasekolah di luar bandar ini supaya terdedah dengan pendidikan formal sebagai asas untuk mengikuti pendidikan formal yang selanjutnya dan dapat menerima pelajaran seperti kanak-kanak prasekolah di bandar. Seramai 25 orang murid telah mendaftar.

Tampuk kepimpinan sekolah pada masa itu telah diterajui oleh En. Nawi b. Suhaili selaku Guru Besar, Penolong Kanan Kurikulum ialah Pn. Dayang Haslin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ialah Pn. Dayang Norasmah manakala Penolong Kanan Kokurikulum ialah En. Jackson. Kini, tampuk kepimpinan tersebut telah diambil alih oleh En. Sabtu b. Hj Matali (Guru Besar), Pn. Martha (Penolong Kanan Kurikulum), Pn Cecilia Francis (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) dan Pn. Masnah Sulong (Penolong Kanan Kokurikulum).

Pada mulanya prasekolah ini ditempatkan di kelas biasa lantaran bangunan prasekolah yang sebenar belum siap sepenuhnya. Pada tahun 2007, ia telah berpindah ke bangunan prasekolah yang sebenarnya, lengkap dengan prasarana dan kemudahan untuk murid-murid prasekolah. Ia terletak berdekatan dengan pintu masuk utama SK Kuala Baram II, Miri.

Sehingga kini, guru yang pernah mengajar prasekolah Baiduri ialah seramai tiga orang. Bermula dengan Pn. Norizan bt Mohd Nor (2006-2008), Pn Malvina (2009) merupakan guru prasekolah sementara. Tenaga dan khidmat beliau telah dipinjamkan untuk mengajar prasekolah ini selama setahun bagi menggantikan Pn. Ainul Amla Mohammad yang sedang mengikuti KSPK Prasekolah di Kuala Lumpur pada ketika itu. Pada tahun 2010 dan sehingga kini kelas tersebut berada di bawah jagaan Pn. Ainul Amla Mohammad.

Pembantu pengurusan murid pada awal penubuhan prasekolah ialah Pn. Rabiah (Jan-Feb 2006). Kemudian beliau telah berpindah dan digantikan dengan Pn. Nancy ak Gelinggan (Mac 2006 sehingga kini). Pada tahun 2010, prasekolah ini dinamakan sebagai Prasekolah Baiduri.

No comments:

Post a Comment

bee